Semua rakyat Malaysia sedar sejak pagi tadi berlangsungnya mesyuarat khas Pemilihan Agong ke-16 di Istana Negara untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Umum Negara berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V baru-baru ini.

Memang tidak dinafikan, lokasi Istana Negara menjadi perhatian para pengamal media tempatan dan juga luar negara untuk membuat liputan.

Entah macam mana, wujud satu cerita yang tidak sedap didengar. Khabarnya, seorang wartawan dari sebuah stesen televisyen tempatan tersilap menyebut nama ayahanda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ketika sedang bersiaran secara langsung.

Soalnya, apa yang disebut oleh wartawan itu?

Menerusi satu video 14 saat yang tular di media sosial memaparkan wartawan berkenaan telah menyebut nama ayahanda Sultan Pahang, sebagai ‘Almarhum’.

Seperti yang kita tahu, sebutan ini hanya digunakan kepada kerabat diraja yang telah meninggal dunia.

Aduh..Memang tak lena tidur la lepas ni…

Apa lagi, kesilapan dilakukan wartawan itu menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial di luar sana.

Isu tersebut katanya turut mendapat perhatian daripada seorang wartawan senior. Ini katanya…

“Almarhum, is reffering to mana-mana kerabat yang telah meninggal dunia! Plz la dik, study dulu istilah-istilah istana before live.

Selepas menyedari laporan itu tular, wartawan berkenaan secara terbuka memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan tersebut.

Tapi kan, wartawan terbabit menegaskan kesalahan itu bukan disebabkan dia kurang arif tentang istilah istana.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan lanjut punca kesilapannya tersalah menyebut perkataan itu.-MHE TV

Iklan