Bekas isteri ustaz selebriti PU Abu, Ain ‘Afini meluahkan rasa sedih selepas anak di dalam kandungannya dilaporkan kurang aktif akibat daripada tekanan yang dialaminya sepanjang kes perceraiannya berlangsung.

Ain berkata, dia telah melakukan pemeriksaan kandungan beberapa minggu lalu dan terkejut apabila laporan doktor mengatakan bayi di dalam perutnya itu tidak berapa aktif.

“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif.

“Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat,” luah Ain ketika dihubungi MHE TV.

Melalui proses yang sukar sepanjang kontroversi antara dia dan suami berlaku, jelas Ain dia merasakan ada hikmah baik yang akan datang kepadanya tidak lama lagi.

“Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang.

“Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini,” jelas Ain.

PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, sebelum ini tular apabila menceraikan isteri yang sedang mengandung untuk bersama dengan seorang janda yang merupakan usahawan kosmetik. -MHE TV

Iklan