Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah yang boleh digambarkan keadaan seorang lelaki warga emas yang terpaksa menjalani dua kali pembedahan.

Lebih teruk, pembedahan kedua terpaksa dilakukan kerana warga Britain yang berusia 72 tahun itu akibat tertelan gigi palsu!

Menurut laporan TIME, kejadian tertelan gigi palsu hanya disedari selepas lapan hari kemudian ketika warga emas itu menjalani pembedahan kecil.

Kejadian tertelan gigi palsu hanya disedari selepas lapan hari.

Dikatakan, pasukan perubatan tidak menanggalkan gigi palsu berkenaan sebelum melakukan pembedahan kerana pesakit tidak memaklumkan kepada doktor bahawa dia memakai gigi palsu.

Difahamkan, lelaki terbabit kembali ke hospital berkenaan enam hari kemudian selepas mengadu sukar bernafas dan menelan selain mengalami pendarahan dalam mulut.

Namun, selepas melakukan pemeriksaan doktor mengesahkan lelaki berkenaan menghidap pneumonia sebelum menyuruhnya pulang dan memberi pesakit antibiotik serta steroid.

Imbasan x-ray yang menunjukkan gigi palsu berada di dalam tekak warga emas tersebut.

Dua hari kemudian, lelaki itu kembali ke hospital apabila keadaannya semakin memburuk.

Namun, imbasan x-ray kali ini menunjukkan terdapat objek asing di dalam tekaknya sebelum dia sekali lagi menjalani pembedahan bagi mengeluarkan gigi palsu itu.

Bagaimanapun, kecederaan dialami lelaki itu dilaporkan mengambil masa yang lama untuk sembuh.- MHE TV

Iklan