Mulia sungguh hati pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro yang sanggup mewakafkan sebuah perigi untuk masyarakat Islam di sebuah perkampungan di Vietnam.

Menerusi perkongsian dalam laman sosial miliknya, perbincangan untuk memberi sumbangan itu berlaku ketika dia berada di Madinah bagi menunaikan ibadah umrah sebelum ini.

Bagaimanapun ada pula yang salah faham dengan perkongsian Ajak itu yang dianggap sengaja menunjuk-nunjuk kebaikan.

Namun Ajak menjelaskan tiada niat untuk dia bersikap demikian. Ia sekadar perkongsian untuk mengajak lebih ramai orang melakukan kebaikan.

“Saya bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi saya mahu mengajak lebih ramai orang. Saya bukan jenis yang begitu.

“Jangan puji saya, carilah kawan saya itu dan bantu dia,” jawab Ajak.

Sumbangan wakaf perigi itu diusahakan oleh seorang sahabatnya bernama Abdul Halim yang banyak membantu masyarakat Islam di sana. – MHE TV

Iklan