Seorang kanak- kanak empat tahun mungkin trauma apabila 18 daripada 20 batang giginya terpaksa di cabut.

Kejadian yang berlaku di Thailand pada 9 April lalu itu mula tular dalam laman sosial selepas dikongsi Sathian Ken Suravisankul seorang doktor pergigian di Klinik Smile Station, Phuket.

“Dia hanya boleh menggunakan dua batang gigi yang terletak di kedua-dua belah rahangnya buat masa ini.

“Saya terfikir, macam mana dia nak makan,” katanya dengan berkongsi gambar pembedahan mencabut gigi kanak- kanak berkenaan.

Difahamkan, gigi kanak-kanak berkenaan rosak berpunca dari tabiatnya yang sering tertidur dengan botol susu masih di mulutnya dan tidak memberus gigi selepas minum susu.

Tabiat sejak kecil itu menyebabkan gigi kanak-kanak terbabit rosak dan mulai membusuk.

“Jika sayangkan anak, beruslah gigi mereka setiap hari,” katanya.- MHE TV

Sumber gambar: Fb Sathian Ken Suravisankul

Ruang komen
Iklan