Pasukan penyelidik dari Universiti Aarhus, Belanda mendakwa menemukan satu ‘penawar’ baharu bagi menangani masalah ketidaksuburan khususnya di kalangan lelaki.

Hasil kajian yang dijalankan mendapati, lelaki yang inginkan sperma empat kali ganda bagus hendaklah tidur pada pukul 10.30 malam. Tempoh ini dianggap lebih ‘umph’ jika dibandingkan tidur pada pukul 11.30 malam.

Memetik laporan The Telegraph, pasukan saintis itu percaya kekurangan waktu tidur menyebabkan sistem imun seseorang lelaki sekali gus, menjejaskan prestasi sperma. Gejala tidak sihat ini turut menyebabkan kaum Adam tertekan dan mengalami mandul.

Ketuanya, Profesor Hans Jacob Ingerslev berkata, waktu tidur ideal bagi seseorang lelaki ialah antara tujuh hingga lapan jam sehari akan menghasilkan sperma enam kali lebih sihat berbanding mereka yang kurang tidur.- MHE TV

Sumber gambar: Spectrum Health Beat

Iklan