Sidang media yang berlangsung di Pejabat Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mengesahkan Setiausaha Sulit Kanan, Haziq Abdullah Abdul Aziz telah digantung tugasnya berkuat kuasa serta-merta.

Susulan itu, Shamsul Iskandar telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Haziq dan dia diminta menjawabnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun lalu.

“Jika tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh yang diberikan, pihak kementerian tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan beliau secara serta-merta,”tegas Shamsul Iskandar kepada media sebentar tadi.

Awal pagi semalam, tindakan Haziq memuat naik video pengakuan sebagai salah seorang individu dalam klip video intim melibatkan seorang Menteri Kabinet menarik perhatian ramai rakyat di Malaysia.

Bagaimanapun, menteri yang dikaitkan dalam video terbabit, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dan menyifatkan ia sebagai tuduhan jahat dan kejam.-MHE TV

Gambar fail: Utusan

Iklan