Sekitar Julai tahun lalu, dia datang ke Kuala Lumpur sebagai anggota kumpulan Wanna One. Terkini, Ong Seong Wu bakal berkunjung lagi ke sini dan bertemu peminat-peminat pada 23 Mac.

Bertempat di Axiata Arena, bintang idola berusia 23 tahun ini akan mengadakan persembahan istimewa dalam acara pertemuan solo pertamanya di negara ini.

Acara yang dinamakan ‘Ong Seong Wu First Fan Meeting In Malaysia <Eternity>’ itu sempena jelajah promosi yang diberi nama Eternity.

Dianjurkan oleh Hatchery, Malaysia merupakan destinasi persinggahan Seong Wu yang ketiga. Terdahulu dia mengadakan acara pertemuan dengan bersama peminat di Bangkok, Thailand dan di Singapura.

Info lanjut mengenai harga tiket-tiket ‘Ong Seong Wu First Fan Meeting In Malaysia Eternity’

Tiket-tiket berharga RM580, RM480, RM380 dan RM280 dijual menerusi www.airasiaredtix.com bermula 16 Februari mulai jam 10 pagi.

Selain pernah datang dan mengadakan konsert bersama Wanna One di ibu kota, Seong Wu juga pernah berkunjung ke negara ini pada April lalu.

Ketika itu dia datang untuk menjalani penggambaran di Sabah untuk program realiti terbitan SBS berjudul Law of the Jungle bersama rakan hos lain seperti Ha Soong-wun dan anggota Shinhwa, Yoon Shi-yoon.

Maklumat lanjut mengenai ‘Ong Seong Wu First Fan Meeting In Malaysia <Eternity>’, boleh melayari Facebook @hatcheryth – MHE TV

Iklan