Bertuah sungguh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila dijemput dua bintang bola sepak terkenal, David Beckham dan Mesut Ozil untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Emirates antara Arsenal dan Spurs.

“DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dijemput oleh David Beckham dan Mesut Ozil untuk menyaksikan perlawanan ‘North London Derby’ antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates,” demikian catatan pada Facebook TMJ pada Khamis.

Malah turut dikongsi gambar TMJ menerima cenderahati daripada Ozil.

“DYAM Tunku Ismail turut menerima hadiah daripada Ozil,” tulis catatan itu lagi dengan berkongsi gambar Ozil menghadiahkan jersi kelabnya dengan tertera huruf TMJ dan nombor 84.

Sekeping lagi foto menunjukkan TMJ menerima sepasang kasut sukan.

Dalam perlawanan itu, Arsenal tewas 0-2 kepada Tottenham Hotspur hasil jaringan Son Heung-min dan Dele Alli – MHE TV

Sumber gambar: FB HRH Crown Prince of Johor

Iklan