Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam menerima kelahiran anak ketiganya malam tadi.

TMJ telah mengumumkan kelahiran puteranya itu menerusi laman Facebook rasmi miliknya dengan memuat naik gambar Che Puan Khaleeda bersama bayi lelaki dengan kapsyen:

“Alhamdulillah YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang putera raja. Allah peliharakan sultan.

Tunku Ismail, 35 dan Che’ Puan Khaleeda, 27 telah berkahwin pada 24 Oktober 2014 dan dikurniakan seorang puteri bernama Tunku Khalsom Aminah Sofiah Ibni Tunku Ismail, yang lahir pada 25 Jun 2015.

Pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan seorang putera bernama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, pada 14 Oktober, 2017. -MHE TV

Iklan