Calon Barisan Nasional yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 4,510.

Dalam persaingan empat penjuru itu, Mohamad yang mesra disapa Tok Mat memperoleh 10,397 undi manakala Dr. Streram 5,887 undi hasil kiraan kesemua 56 peti undi.

Manakala dua lagi calon bebas R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin masing-masing hanya mendapat 83 dan 79 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus di Dewan SJK (C) Bandar Seri Sendayan.

Ini bermakna BN memperoleh hatrik dengan tiga kemenangan berturut-turut pada PRK Cameron Highland, Semenyih dan Rantau. – MHE TV

Sumber gambar: Tok Mat Hasan Fc

Iklan