Sudah 10 hari mereka terkurung di pusat tahanan pendatang di Tapachula, Chiapas, Mexico. Pada tempoh itu, seorang wanita tidak didedahkan namanya merayu berkali-kali kepada seorang individu agar memberi bantuan kepada dia dan anak lelakinya.

Menerusi paparan video yang dikongsikan portal Mirror, kelihatan berjurai air mata pendatang wanita itu meminta pertolongan agar diberikan keadilan.

Selama tempoh itu, dia dan anaknya sangat kelaparan kerana tidak diberikan makanan dan minuman.

Lebih malang lagi, anak lelakinya yang berusia setahun dua bulan itu kini mengalami demam sejak beberapa hari.

Dalam keadaan meniarap dan ditemani anaknya, wanita merayu berkali-kali dengan berkata “Tolonglah saya, tolonglah anak saya. Tolong.. anak saya hampir mati”

Difahamkan, wanita itu antara salah seorang daripada 100 pendatang Afrika dan Haiti merusuh di pusat tahanan berkenaan kerana meminta diberikan ubat, makanan dan dipermudahkan prosedur imigresen.

Bagaimanapun, pihak imigresen Mexico memberikan alasan pendatang yang ditempatkan di pusat tahanan terbabit diberikan makanan dan kemudahan perubatan.-MHE TV

Sumber: Mirror

Iklan