Kumpulan GOT7 ‘dipaksa’ oleh peminat agar membatalkan konsert solo mereka di Hong Kong yang dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos dan 1 September ini.

Desakan itu berikutan negara tersebut kini dalam suasana tegang ekoran demonstrasi tunjuk perasaan secara besar-besaran yang berlaku sejak dua bulan.

Justeru iGOT7 (gelaran peminat) bimbang dengan keselamatan semua anggota. Jadi, mereka mahu pihak pengurusan, JYP Entertainment menunda atau membatalkan saja konsert berkenaan.

Apatah lagi, salah seorang anggota iaitu Jackson Wang merupakan warganegara Hong Kong.

Jackson dikatakan akan dijadikan tebusan oleh kumpulan penunjuk perasaan dengan memintanya memengang bendera China yang berlumuran darah

Ada khabar mengatakan, kumpulan penunjuk perasaan mengancam akan membakar bendera China di depan penyanyi itu atau memintanya memegang bendera yang berlumuran darah.

Malah peminat telah mewujudkan tanda pagar #JYPE_CancelGOT7HKConcerts sekaligus menjadi trending dalam Twitter, sejak beberapa hari lalu.

Dengan ‘protes’ itu, peminat berharap JYP Entertainment akan mendengar dan bertindak.

Terdahulu, sejak 12 Jun lalu, puluhan ribu penunjuk perasaan melumpuhkan pusat Hong Kong dengan menyekat jalan utama sebagai tanda mereka menentang rancangan kerajaan untuk membenarkan ekstradisi ke China.

Pihak berkuasa Hong Kong dan Beijing bagaimanapun kini semakin kuat mempertahankan pendirian mereka. – MHE TV

Iklan