Filem arahan Sandosh Kesavan ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasil Bilal Khan, Hairul Azreen, Hanna Aqeela dan Hefny Sahad.

Naskhah ini mengisahkan tentang ASP Redzuan (Aaron) yang mahu meninggalkan karier polis selepas melihat rakan setugas yang juga sahabat baiknya terbunuh di depan mata.

Beliau kemudian bangkit kembali untuk menyelesaikan sebuah misi dinamakan Operasi X demi memberkas Geng Belut yang dirintangi bermacam-macam cabaran.

Berdurasi selama 1 jam 47 minit, filem ini memaparkan pelbagai babak serta aksi menarik agar penonton dapat rasai elemen suspens yang diterapkan serta aksi tangkas pergaduhan antara pelakon yang dilakukan dengan baik tanpa menampakkan sebarang kecacatan.

Selain itu, filem ini menjalani penggambaran di Pulau Pinang di samping memaparkan sinematografi yang sangat menarik dengan pemandangan yang memukau mata. – MHETV

Iklan