Setelah Polis Evo berjaya mencatat kutipan pecah panggung pada 2015, pastinya penggemar filem tempatan amat menanti-nantikan naskhah sekuelnya, Polis Evo 2.

Bakal berada di pawagam pada 22 November ini, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan pelakon Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafie Naswip, Hairul Azreen dan tiga pelakon Indonesia iaitu Raline Shah, Mike Lucock serta Tanta Ginting.

Polis Evo 2 berkisar tentang Inspektor Sani dan Khai terlibat dalam misi pengintipan di pulau terpencil di Pantai Timur. Sani kemudiannya ditahan pengganas dan dijadikan tebusan bersama 200 penduduk kampung, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung tersebut. – MHETV

Iklan