Lifestyle Trending

Tulang rusuk patah kerana kopi

Kata orang, bersederhanalah dalam melakukan apa jua perkara kerana jika berlebihan, mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di daerah Wuhan, China yang mengalami kerapuhan tulang akibat tabiat minum kopi berlebihan.

Han Xiao, 30, sering meminum kopi bagi memulakan harinya di pejabat.

Tabiat minum kopi secara berlebihan bukanlah satu perkara yang bagus
Satu atau dua cawan kopi sehari sudah mencukupi

Namun apa yang membuatkan keadaan menjadi teruk ialah apabila Han Xiao sekurang-kurangnya akan minum 10 cawan kopi pekat.

Dan tabiat ini membawa kemudaratan kepadanya apabila dia sering batuk teruk lebih dari 10 minit dan juga sakit di bahagian dada.

Apabila diperiksa doktor, Han Xiao mendapat keputusan yang mengejutkan dirinya iaitu tulang rusuk yang ketiga, keempat dan kelima telah patah akibat batuknya yang berterusan.

Gambar imbasan pada bahagian dada Han Xiao

“Han Xiao mengamalkan minum kopi sama seperti minum air kosong. Keadaan ini berlarutan selama tujuh tahun dan ia bukan tabiat yang sihat.

“Menurut kajian, kafein, garam dan minuman berkarbonat boleh menjadi punca kepada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh,” kata doktor. -MHE TV

Ruang komen