Berkongsi rasa marah di laman Instagram miliknya hari ini, pelakon filem Dukun, Datin Seri Umie Aida mendedahkan persahabatanya dengan ‘seseorang’ dikhianati kerana kemewahan.

“Subhanallah, betapa murahnya nilai sebuah persahabatan bagi kau! Kau boleh bohongi satu dunia dengan keterampilan suci kau yang seperti di bawah lindungan Kaabah itu dan paling sayang kecantikan wajah kau tidak secantik hati kau.

“Sehingga keterbiasaan itu membuat kau terlupa bahawa kemewahan yang kau ambil itu akan menghancurkan hati sahabat kau sendiri,” tulisnya.

Tidak mendedahkan siapa yang dimaksudkan, namun kapsyen yang dimuat naik itu menarik ribuan pengikutnya yang kini berteka-teki siapakah bekas sahabatnya yang dimaksudkan.

Sementara itu dalam entri yang sama juga, Umie turut menyesal kerana tidak mendengar kata pelakon Zahida Rafik yang sebelum ini sudah memberi amaran kepada dirinya.

“ @zahidarafik maafkan me baby tak dengar nasihat baby dari awal 😢 Saya akan delete post ini soon.

“Kerana tak nak semakkan dalam Ig saya vibe negatif. Sekian,” tulisnya lagi.

Dalam masa yang sama, warganet kini mula berkumpul dalam laman komen Instagram pelakon Erra Fazira bertanyakan sama ada pelakon filem Sembilu ini merupakan individu yang dimaksudkan Umie.

Melalui ciri-ciri yang didedahkan Umie, ramai yang yakin Erra adalah sahabat yang dimaksudkan itu selain kedua mereka kini tidak lagi mengikuti laman Instagram masing- masing. – MHE TV

Iklan