Selebriti kontroversi, Vanessa Angel kembali menjalani kehidupan seperti biasa sejak bebas dari penjara pada 26 Jun lalu.

Meskipun punya rekod sebagai bekas banduan, namun tidak menjejaskan kerjaya seni aktres dan model berasal dari Jakarta, Indonesia ini.

Malah dia dikatakan menerima bayaran lebih tinggi berbanding dulu.

“Rasanya tidak perlu ia diheboh-hebohkan,” katanya yang enggan mengulas lanjut seperti yang dilaporkan media Indonesia.

Bagaimanpun Vanessa berkata, dia tidak pernah berasa kesal sebaliknya menganggap apa yang yang pernah dilalui ada hikmah.

“Ya mungkin (bayaran naik) tetapi saya percaya semua yang terjadi ini ada hikmah ya.

“Setelah keluar dari penjara rezeki saya semakin murah,” jelasnya lagi.

Selama berada di dalam penjara, wanita berusia 27 tahun ini mengaku langsung tidak mempunyai pendapatan.

“Selama dalam penjara, saya tidak punya apa-apa. Jadi kalau dapat rezeki lagi, alhamdulillah aja,” ujarnya.

Terdahulu, Vanessa Angel dihukum penjara lima bulan, selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran secara online membabitkan bayaran sehingga Rp80 juta (RM24,000) untuk sekali layanan. – MHE TV

Iklan