Setelah lima tahun ‘hilang’ dari radar YouTube, penyanyi cantik, Taeyoeon kembali aktif menerusi akaun perkongsian video dalam laman sosial tersebut.

Walaupun membuka akaun saluran itu sejak tahun 2014, namun perkongsian pertama bintang berusia 29 tahun ini hanyalah video dia menyanyikan lagu Justin Bieber yang bertajuk Be Alright.

Menerusi kemunculan semulanya, anggota Girls Generation itu telah mengubah nama salurannya dengan nama ‘Taengoo TV’. 

Dia memuat naik empat rakaman klip video momen ketika menikmati perjalanan yang menyeronokkan pada tahun 2017 ke empat destinasi menarik di negara Eropah iaitu Milan, Grindelwald, Bern dan London. 

Selain berkumpulan, Taeyeon juga terkenal sebagai penyanyi solo. Antara lagu popularnya seperti lagu Fine, I dan 11:11. – MHE TV

Iklan