Bukan mudah untuk dapatkan bentuk badan yang cantik dan menawan. Penerbit terkenal, Datuk A Aida akui sanggup menyeksa diri sendiri demi mencapai matlamat tersebut.

Menurut wanita dengan nama penuh Zaidah Awang, 48 ini, dia aktif mengikuti latihan senaman di gimnasium sejak hampir setahun lalu.

Walau adakalanya rutin yang dijalani memberi kesan sehingga sakit badan, A Aida tidak pernah putus asa.

Komitmen A Aida turut menarik perhatian pihak Anytime Fitness, Ampang untuk melantik dirinya sebagai duta pusat kesihatan tersebut.

Selain itu A Aida juga bakal memperkenalkan produk minuman kesihatan sendiri iaitu Perfect 10 dan jenama pakaian sukan AA Fit tidak lama lagi. – MHE TV

Iklan