Achey diramal ramai sebagai juara Bintang Bersama Bintang musim kedua.

Lebih lima tahun bergelar anak seni, Achey semakin selesa berdiri atas catatan kejayaan demi kejayaan yang dicipta. Dia boleh berbangga dengan usaha yang dicurahkan selama ini.

Bertanding dalam program Bintang Bersama Bintang musim kedua, ramai yang meramalkan kejuaraan menjadi milik Achey.

Namun, ada juga yang bertanya tidakkah Achey terasa atau berkecil hati apabila juniornya dalam bidang komedi, Mark Adam menjadi juri untuk program tersebut?

Jom tanya tuan punya badan, betul ke dia sentap.- MHE TV

Iklan