Video Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba berselfie bersama isteri tercinta menarik perhatian ramai.

Selain kesilapan Tun yang menetapkan mod video dan bukannya tetapan gambar mencuit hati netizen, ada lagi sesuatu yang membuatkan netizen terfikir.

Ia berkenaan soalan ditanya Tun Dr. Siti Hasmah  sebelum bangun merapati  Tun.

“Ada air sembahyang tak?” tanya Tun Siti.

Pertanyaan itu membuatkan netizen tertanya-tanya adakah Tun M sentiasa berada dalam keadaan berwuduk?

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pokok Akar berkata, ini bukan kali pertama dia mendengar pertanyaan begitu daripada Tun Siti.

“Rasanya, dah 2-3 kali Tun Siti tanya Tun M pasal air sembahyang. Maknanya Tun M sentiasa dalam keadaan berwuduk ke?

“Moga Allah sentiasa melindungi kedua-dua Tun,” tulisnya.

“Video masa Tun M nak angkat sumpah PM, ada sekali saya dengar benda sama,” tulis Mar Mariani pula.

Seorang lagi pengguna Facebook, Art Rtd, juga mengakui pernah mendengar pertanyaan sebegitu sebelum ini.

“Hebat Tun…Selalu saya dengar wife tanya ada air sembahyang ke tak…Walaupun ada benda saya tak setuju, bab ni saya tabik,” tulisnya.- MHE TV

Iklan