Ramai memuji baju yang dipakai oleh pelakon Gemma Chan ketika menghadiri majlis Oscar baru-baru ini. Baju warna merah jambu jenama Valentino itu menyerlahkan gaya pelakon filem Crazy Rich Asian itu ketika berjalan di karpet merah.

Namun ramai yang tidak tahu Gemma menyembunyikan sesuatu. Gaun tersebut turut dilengkapi poket di bahagian sisi yang membolehkan Gemma membawa masuk sesuatu ke dalam dewan Dolby Theatre, Hollywood.

Disebabkan waktu siaran yang agak panjang, Gemma membawa bekalan makanan di dalam poketnya. Perkara tersebut didedahkan ketika temu bual sebelum acara bermula.

“Acara ini sangat panjang dan saya belum makan malam,” ujar Gemma. – MHE TV

Iklan