Bukan trauma atau pun belum move on, kongsi penyanyi Adam selepas tiga tahun menduda, dia sebenarnya masih mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri.

Tidak meletakkan ciri khusus untuk bakal isterinya, kongsi Adam yang kini mahu dikenali sebagai Adam Aiz, dia yakin dengan jodoh yang sudah ditentukan buat dirinya. Malah jelasnya, sama seperti lelaki lain di luar sana, dia juga mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga suatu hari nanti.

Sementara itu juga, Adam turut menjelaskan kehilangannya buat seketika selepas perceraian bukan untuk melarikan diri tetapi lebih kepada untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan pada waktu itu. – MHE TV

Iklan