Apa yang akan anda lakukan apabila mendapat hadiah yang sekian lama diidamkan? Sama ada meraung atau melompat kegembiraan?

Bagi seorang budak lelaki di Tucson, Arizona, dia menangis apabila mendapat hadiah PS4 yang sekian lama diidamkannya daripada abangnya. Budak lelaki yang bernama EJ ini dikatakan sanggup menyimpan duit untuk membeli permainan tersebut.

Namun dia mendapat kejutan apabila abangnya menghadiahkan PS4 pada hari lahirnya. Reaksi EJ yang menangis dan kemudian memeluknya abangnya itu dirakamkan kakaknya yang kemudiannya memuat naik video tersebut di akaun Twitter @nastyness10.

Tetapi apa yang kelakar, ramai pula yang berminat untuk berkenalan dengan abang kepada budak lelaki tersebut kerana berwajah kacak. Siap ada yang tanpa rasa segan bertanya sama ada si abang sudah berpunya atau belum! – MHE TV

Iklan