Trending Tular Video

[VIDEO] Aduhh…macam manalah anak kau boleh jatuh dari kereta ni?

Seorang budak perempuan terjatuh dari kereta yang bergerak tanpa disedari ibunya selepas ‘car seat’ yang dipasang tercabut ketika ibu budak berkenaan memandu di selekoh.

Menurut pegawai polis di Mankato, Minnesota, budak perempuan yang berumur dua tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Kejadian malang itu dirakam melalui kamera pada kenderaan (dashboard camera) seorang lelaki, Chad Mock, yang kebetulan berada di belakang kereta wanita tersebut.

“Jika kejadian ini tidak berlaku di hadapan mata sendiri, saya tidak akan mempercayainya. Satu keajaiban apabila budak perempuan itu langsung tidak cedera.

“Bagaimanapun, ibu kepada budak perempuan itu telah kembali untuk mencari anaknya. Malah pihak paramedik sudah memeriksa keadaan budak perempuan itu. Dia selamat,” tulisnya di Facebook.

Menurut pihak Keselamatan Umum Bandar Mankota, budak perempuan itu dilaporkan sudah dipakaikan dengan tali pinggang di dalam ‘car seat’. Bagaimanapun, ‘car seat’ itu tidak dipakaikan dengan ketat pada kerusi kenderaan. – MHE TV

Sumber globalnews.ca

Iklan
Ruang komen