Hiburan Trending Video

[VIDEO] Aizat Amdan pernah dipandang sebelah mata

Bak kata pepatah, ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Jika bersungguh hendakkan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya, demikian juga sebaliknya.

Begitulah yang boleh diumpamakan penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Aizat Amdan, 29, yang dahulunya pernah dipandang sebelah mata dek kerana faktor fizikalnya yang ‘comel’.

Namun Aizat tidak berdiam diri. Percaya dengan bakat yang telah dianugerahkan kepadanya, pelantun lagu Sungai Lui ini membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kini, Aizat berjaya meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi-penyanyi kelas A yang lain dan semakin berjaya dalam bidang penulisan lagu.

Jom tonton koleksi gambar-gambar Aizat sewaktu zaman kanak-kanaknya yang begitu comel dengan saiz xxl sehinggalah berjaya tampil kacak dan bergaya seperti yang kita tengok hari ini. – MHETV

Sumber foto: Facebook Aizat Amdan dan koleksi Utusan

Ruang komen