Hiburan Trending Video

[VIDEO] Ajak Shiro cabar individu yang boleh buat dia gemuk dalam masa seminggu

Pelawak Ajak Shiro yang baharu sahaja menjuari program realiti Maharajalawak Mega 2018 mencabar mana-mana pihak yang boleh membantu menaikkan berat badannya dalam masa satu minggu. 

Ajak yang juga seorang pengacara membuat kenyataan tersebut menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, mengalu-alukan sesiapa sahaja yang boleh membantu menambahkan berat badannya. 

“Baba kurus sangat sekarang ni, mungkin sebab Baba banyak kerja dan stres. 

“Tapi sekarang Baba nak naikkan berat badan. Mana coachcoach yang rasa boleh naikkan berat saya dalam masa satu minggu, saya cabar awak untuk DM saya,” ujar Ajak yang membahasakan dirinya sebagai Baba. 

Sejak kebelakangan ini, fizikal Ajak yang dilihat semakin kurus itu mendapat perhatian warganet yang bimbang sekiranya pelawak itu menghidapi sebarang masalah kesihatan. 

Namun ia dinafikan Ajak sebaliknya menurut hos Melodi itu, pelbagai usaha sudah dilakukan bagi menaikkan berat badannya namun tidak berhasil. 

Kongsi Ajak lagi, perkara tersebut telah membuatkan dirinya stres kerana usaha untuk ‘membesar’ sehingga hari ini tidak menemui jalan penyelesaian. 

“Ingatkan orang gemuk nak kurus je stres, orang kurus nak gemuk pun stres woii!” selorohnya. – MHE TV 

Iklan
Ruang komen