Hiburan Trending Tular Video

[VIDEO] Aktor Hollywood ini buat juri-juri Korea sampai ketap bibir, mulut ternganga!

Bagi peminat yang gemar menonton program realiti TV terbitan Korea, tentu tahu sangat dengan program The King Of Mask Singer. Salah satu program realiti berkonsep nyanyian terhangat di negara itu.

Malah program tersebut telah diremake oleh produksi saluran FOX dan disiarkan sejak 2 Januari lalu di Amerika Syarikat dengam nama The Masked Singer. Program itu menampilkan juri-juri terdiri daripada penggiat seni profesional antarabangsa iaitu pelawak terkenal Ken Jeong, model dan pelakon Jenny McCarthy, penyanyi Nicole Scherzinger dan penerbit Robin Thicke.

Lapor Nielsen, episod pertama program tersebut telah mencatat rating tertinggi dengan 9.4 juta penonton. Sekali gus memecah rekod dalam penerbitan sejarah program realiti TV di Amerika sebagai Program Realiti Nyanyian Tanpa Skrip Dengan Rating Tertinggi mengatasi rekod program The X-Factor pada tahun 2011.

Dalam pada The Masked Singer kini trending dan jadi bualan hangat peminat Amerika, siaran episod baharu The King Of Mask Singer musim ini yang disiarkan minggu lalu turut rancak diperkatakan ramai peminat sekaligus tular di media sosial.

Apa yang mencuri perhatian, pada episod tersebut menampilkan persembahan istimewa oleh ‘Golden pig’ yang menyanyikan lagu ‘Creep’ (nyanyin asal oleh kumpulan Radiohead).

Semua yang berada di studio termasuklah para juri kagum dengan vokal dan cara penyampaian peserta itu bahkan ada yang sampai ternganga kerana terlalu kagum.

Sekaligus membuat mereka tertanya-tanya siapakah sebenarnya figura Hollywood di sebalik topeng dan kostum kepala khinzir itu? Salah satu gambaran yang diberikan, dia adalah salah seorang juri The Masked Singer.

Sejurus usai persembahan, dia memperkenalkan dirinya dan berkongsi nama Koreanya ialah Jeong Kang Jo. Ketika di belakang pentas, dia menjelaskan keputusannya mahu muncul dalam ‘The King of Mask Singer’ kerana ibunya adalah peminat program itu.

“Ini adalah kali pertama saya menyanyi di pentas rasmi yang bukan rancangan komedi. Saya sentiasa meneka siapa yang berada di belakang topeng, tetapi sekarang saya telah cuba menyanyi sebagai peserta dan telah memahami bagaimana perasaan mereka”.

“Isteri dan anak-anak saya sangat teruja apabila mendapat tahu saya akan menyanyi dan memakai topeng wajah babi,” katanya.- MHE TV

Iklan
Ruang komen