Jangan ingat kerja bagi makan ikan tidak berilmu tau. Contoh, macam seorang kanak-kanak lelaki dalam video ini yang bersahaja berbual menggunakan bahasa Arab dengan pasangan pelancong dari Timur Tengah.

Sejak semalam, dua video memaparkan kanak-kanak ini tular dalam media sosial. Khabarnya, ia telah dimuat naik oleh seorang pemilik laman sosial Twitter yang menggunakan nama Munirdinie.

“Budak ni pro gila bersembang dengan orang Arab. Dia fasih berbahasa Arab lepas itu dia boleh melawak dengan pasangan Arab itu.

“Aku dulu hafal nama benda dan binatang jer dalam bahasa Arab,” tulisnya kagum dengan kefasihan kanak-kanak berkomunikasi dalam bahasa Arab. 

Rakaman video ini turut mendapat reaksi positif secara berjemaah daripada warganet di seluruh negara.

Rata-rata mereka sependapat menyatakan rasa kagum dengan kepetahan kanak-kanak lelaki (setakat ini belum didedahkan identitinya) berbahasa Arab. – MHE TV

Iklan