Filem Hiburan Trending Video

[VIDEO] “Aku malas nak layan kodok telur macam kau!” – klip Pekin hina Sajjad tular

Ramai warganet terkejut setelah mengetahui Sajjad pernah membintangi filem.

WALAUPUN tayangan filem Ophilia arahan Raja Mukhriz sudah lama berakhir, namun sedutan klip yang memaparkan adegan heronya, Pekin Ibrahim dengan seorang mak nyah kembali tular hari ini.

Penularan klip tersebut difahamkan gara-gara pelakon yang membawa watak mak nyah itu merupakan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad atau Nur Sajat yang kini berhadapan isu kecelaruan jantina.

Video berdurasi kira-kira seminit tersebut memperlihatkan mak nyah bernama Ophilia itu cuba menggoda pemuda aliran skinhead iaitu Uji, watak lakonan Pekin.

PEKIN IBRAHIM

Menariknya, warganet bukan sahaja terkejut setelah mengetahui penglibatan Sajjad dalam filem berkenaan, malah mereka begitu teruja mendengar bait dialog sindiran Uji terhadap Ophilia.

“Aku malas nak layan kodok telur macam kau ni lah! Dalam dunia ni, ada dua benda saja aku tak makan. Harta anak yatim dan babi,” memetik dialog sinis yang disuarakan.

Justeru, warganet menyifatkan, butir kata yang dilontarkan watak lakonan Pekin itu amatlah tepat mengenai sasarannya iaitu Sajjad.

Selain Pekin dan Sajjad, naskhah terbitan produksi Elevenfield yang ditayangkan pada 18 Disember 2014 turut dibintangi Que Haidar serta Kodi Rasheed. – MHE TV

Ruang komen