Dalam debaran konsert meganya yang bakal berlangsung minggu hadapan di Jakarta, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui berdebar dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat yang hadir.

Apatah lagi, sudah lama dia tidak beraksi dalam sebuah konsert berskala besar di negara seberang itu.

Malah selepas Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza In Tour di Istora Senayan, Jakarta minggu hadapan, Siti Nurhaliza bakal mengakan konsert sama di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dalam kesibukannya, ramai yang bertanya bila penyanyi nombor satu negara ini bakal muncul dengan album baharu?- MHE TV

Iklan