Trending Tular Video

[VIDEO] ‘Alien’ pun nak kahwin, ada keluarga macam orang lain

Sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia untuk menyayangi dan disayangi. Walau apa pun latar belakang seseorang itu, pasti ada keinginan untuk berpasangan dan memiliki keluarga sendiri.

Mungkin mudah bagi orang lain namun hasrat yang satu ini seakan tidak mampu direalisasikan lelaki bernama Anshu Kumar, 22, dari Punjab, India ini.

Kekurangan fizikal yang dimilikinya perit untuk ditanggung. Dia dikurniakan dengan wajah misteri sehingga digelar ‘alien’ oleh penduduk setempat.

Perkara itu sekaligus melumpuhkan niatnya untuk berkahwin dan menjani kehidupan normal seperti orang lain.

Menurut laporan The Mirror, wajah misteri Anshu bermula dari paras mata hingga ke kepala yang kelihatan lebih besar daripada mukanya.

Lebih menyedihkan, doktor juga masih gagal mengenal pasti penyakit sebenar yang dihadapi Anshu.

“Ketika saya lahir, ibu bapa pernah berbincang dengan doktor tetapi mereka beritahu bahawa penyakit saya ini tidak boleh sembuh.

“Saya berharap wajah saya dapat dipulihkan secepat mungkin kerana saya mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Ini adalah impian saya,” luahnya.

Anshu hanya bekerja di kilang dengan menerima gaji 50 pound sebulan (RM264). Dengan pendapatan sedemikian, dia tidak mampu bertemu pakar untuk merawat penyakitnya.

Dia berharap kerajaan boleh membantunya dalam menjalani rawatan sekaligus dapat menjalani kehidupan lebih normal.

“Saya suka keluar dengan rakan-rakan di sini namun saya lebih selesa bersendirian.

“Kemana sahaja saya pergi, mereka memanggil saya alien. Mereka fikir saya orang asing dan beri nama tersebut.

“Selebihnya waktu saya dihabiskan di kilang tempat saya bekerja selama sembilan jam, setiap hari,” kongsinya. – MHETV

Sumber gambar: Caters News Agency
Video : The Mirror

Iklan
Ruang komen