Hiburan Trending Tular Video

[VIDEO] Aliff Syukri dihalang masuk butik mewah?

Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri khabarnya dihalang daripada memasuki sebuah butik mewah ketika beliau dan keluarga berkunjung ke Sydney, Australia dua hari lepas.

Menerusi sedutan video di laman Instagram miliknya, Aliff dilihat merayu-rayu untuk memasuki butik terbabit.

Malangnya, rayuannya langsung tidak diendahkan oleh salah seorang staf di butik berkenaan.

Aliff turut memuat naik status bertanyakan kenapa dia dihalang memasuki butik tersebut.

“Korang rasa kenapa dia tak kasi masuk, adakah sebab kami orang kampung?

“Antara kenangan pahit kami ketika di sana jam 5 petang,” luahnya di laman Instagram.

Tambah Aliff lagi, dia berharap agar individu terbabit tidak pandang sebelah mata.

“Jangan pandang orang sebelah mata, jenuh saya merayu untuk membeli beg C**.

“Hello, mat salleh u ingat i tak mampu beli nak beli C***,” soalnya.

Disebabkan itu, Aliff melupakan hasrat untuk membeli-belah di butik tersebut dan beralih pada butik jenama lain.

“Tak apa, F*** lagi lawa, malas layan orang macam ni mentang-mentang wife dan saya pakai selekeh awak tak layan.

“Nanti saya pakai suit dan jam berlian baru awak tau,” katanya.

Nak tahu kisah selanjutnya, Aliff pesan jengok laman YouTube, TV Terlajak Laris.- MHE TV

Sumber gambar/video: Media sosial

Ruang komen