Lebih 20 bergelar anak seni, penyanyi Datin Alyah akui matlamatnya kini tidaklah sama seperti awal kemunculan dahulu. Masih terus memperjuangkan bakat, namun kata Alyah keghairahannya kini semakin hilang.

Bukan bermaksud kecewa atau mahu undur diri, sebaliknya Alyah lebih selesa mempertaruhkan karya dan bakat untuk tatapan peminat berbanding mengejar nama dan populariti, mengharap pengiktirafan di pentas anugerah.

“Sekarang ini saya telah melepasi fasa percubaan. Dahulu buat muzik kerana ghairah termasuk dalam fesyen dan penampilan. Kini muzik yang dihasilkan lebih kepada kematangan dalam industri.

“Bukan bermaksud kerjaya berkahir, tetapi agak perlahan sedikit,” ujar Alyah yang ditemui ketika majlis berbuka puasa syarikat rakaman Warner Music Malaysia bersama anak-anak yatim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.- MHE TV

Iklan