Sebelum ini kita banyak mendengar keluhan dalam kalangan selebriti yang menjadi mangsa buli siber oleh netizen.

Namun lain pula kisahnya apabila baru-baru ini tular tentang isu seorang selebriti yang mengecam penjawat awam melalui alam maya.

Pengarah dan penerbit, Michael Ang menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, menyelar tindakan golongan selebriti yang terjebak dalam kes buli siber.

Pengarah yang cukup dikenali dengan kelantangannya bersuara terhadap sesuatu isu itu mengingatkan para selebriti agar berhati-hati menggunakan media sosial.

“Kepada artis-artis, korang berjaga-jagalah. Jangan suka-suka nak ambil gambar orang, nak condemn nak maki sales girl ke apa ke.

“Kalau kau pihak yang betul okay, kalau pihak yang salah, kena saman ye.

“Korang artis selalu complain kata peminat-peminat tu cyber bully, sekarang aku tengok artis-artis pun dah jadi macam cyber bully, termasuklah aku,” katanya berseloroh.

Dalam video yang sama, Michael turut menjelaskan pendiriannya berkenaan isu larangan merokok di restoran dan premis makanan sepertimana diwartakan kerajaan. – MHETV

Iklan