Hiburan Trending Video

[VIDEO] Asal ada duit, boleh jadi penyanyi? Ini jawapan Prince Affa

Bergelar penyanyi baharu bukan mudah apatah lagi untuk terus kukuh dalam carta industri muzik. Tambahan pula, kebanjiran penyanyi baharu saban hari meningkatkan lagi saingan.

Bersua bicara dengan pendatang baharu, Prince Affa, ramai yang beranggapan status sebagai anak kepada penyanyi lama, Adila Idris memudahkannya untuk mendaki puncak populariti.

Apatah lagi, status ‘anak orang kaya’ yang dipikul menyebabkan ramai memandang serong kepada penyanyi yang muncul dengan single pertamanya, Lafazkan Cinta ini.

Benarkah dakwaan asal ada duit, boleh jadi penyanyi? Kita dengar sendiri jawapan dari mulut penyanyi muda ini.- MHE TV

Iklan
Ruang komen