Hiburan Trending Video

[VIDEO] Atikah Suhaime bakal jadi penyanyi?

Sweet sungguh bila tengok pelakon cantik, Atikah Suhaime yang berkongsi video sedang praktis menyanyi di dalam kereta bertemankan cik tunang tersayang, penyanyi dan komposer, Awi Rafael.

Beruntung juga kalau ada pasangan yang pakar dalam bidang muzik, tak payah nak pergi kelas menyanyi kat tempat lain.

Bila dengar nyanyian Atikah, boleh tahan sedap suaranya. Tak lama lagi, boleh la jadi penyanyi, tak gitu?

Aksi itu dikongsi Atikah menerusi Instagram miliknya. Turut kelihatan Awi memberi sedikit tunjuk ajar tentang cara nyanyian.

Dah ada cikgu peribadi tu, rasanya tak ada masalah kalau Atikah nak bergelar penyanyi pada masa akan datang.

Awi Rafael dan Atikah Suhaime selamat mengikat tali pertunangan di Singapura pada 17 Mac lalu dan bakal mendirikan rumahtangga pada 17 Mac tahun hadapan. – MHETV

Sumber video : Instagram Atikah Suhaime

Ruang komen