Mungkin tidak ramai peminat tahu penyanyi Azharina selama ini mengidap penyakit yang tidak diberitahu kepada umum.
Bagi juara Gegar Vaganza musim ke-3 ini, dia tidak mahu cerita tersebut menjadi tumpuan ramai atau meraih simpati peminat.

Seboleh mungkin, Azharina menyembunyikan apa yang dihidapi selama ini. Dia mahu terus aktif dalam kerjaya seni dan bakal mengadakan konsert solo Azharina Queen of Soul bertempat di Royale Theatre Shah Alam pada Jun nanti.

MHE TV sempat bertanya khabar ketika bertemu Azharina dalam satu majlis hiburan baru-baru ini. Apa khabar Azharina? Jom tengok video ini. – MHE TV

Iklan