Kita sering dengar artis lelaki tanah air menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab sehingga tersebarnya gambar bogel mirip seseorang artis itu.

Penyanyi muda Azzam Sham mendedahkan, dia hampir menjadi mengsa perbuatan tersebut.

“Saya terkejut apabila ada individu yang tidak dikenali menghantar gambar tidak berbaju kepada saya menerusi ‘direct message’ dalam Instagram. Saya terus ‘block’ individu tersebut tanpa berfikir panjang.

“Ramai yang sudah jadi mangsa. Individu seperti ini seakan mahu ‘memancing’ artis untuk terus berbual dan kemudian mereka akan menggunakan teknologi suntingan gambar seseorang dan sebarkan,” cerita Azzam.

Pemilik nama penuh Muhammad Azzammuddin Lop Hisham ini turut berkongsi perkembangan baharu selepas lebih tiga tahun menyepi.

“Sebelum ini saya sibuk dengan pelajaran dan sekarang akan kembali fokus pada kerjaya seni,” ujar naib juara program Idola Kecil musim kedua ini.

Azzam kini tampil dengan lagu baharu berjudul Biar Saja. – MHE TV

Iklan