Trending Video

[VIDEO] Bahana ‘Livestreaming’ makan monyet di media sosial

Pihak polis Vietnam hari ini telah menahan seramai enam lelaki atas tuduhan membunuh dan memakan seekor monyet.

Difahamkan, kesemua suspek berusia antara 35 hingga 59 tahun melakukan perbuatan kejam itu secara langsung di media sosial pada 17 November lalu.

Pegawai polis wilayah tengah Ha Tinh, kesemua suspek berjaya diberkas semalam.

“Kami tidak nafikan ia memakan sedikit masa untuk menangkap kesemua suspek,”ujarnya seperti dipetik AFP.

Sementara itu, enam lelaki terbabit akan didakwa ke mahkamah atas kesalahan menganiaya haiwan.

Hasil siasatan lanjut, salah seorang suspek telah membeli monyet daripada spesies ‘langurs’ dengan harga USD 49 daripada salah seorang pemburu haram.

Berdasarkan kepercayaan tempatan, amalan memakan monyet ini dianggap sangat baik untuk kesihatan. -MHE TV

Iklan
Ruang komen