Hiburan Trending Video

[VIDEO] Baim jadi ‘gila’ raih 6 juta tontonan

Bukan mudah bagi lelaki kacak yang merelakan diri untuk kelihatan hodoh di mata orang ramai. 

Pelakon dari negara seberang, Baim Wong yang berkongsi video penyamarannya tempoh hari, mendapat pujian netizen.

Di dalam video tersebut, Baim dilihat menyamar menjadi orang gila dan cuba meraih simpati orang ramai. 

Namun apa yang menyentuh hati mereka yang menonton ialah ketika Baim pula menghulurkan wang kepada individu yang menolongnya. 

Paling mencuri tumpuan ialah pada akhir video ‘prank’ itu seorang peniaga pisang menangis kerana Baim yang berpakaian seperti orang gila menghulurkan wang kepadanya. 

Video Baim menyamar menjadi orang gila adalah sempena meraikan 1 juta pelanggan YouTube miliknya sehingga mendapat enam juta tontonan.

Baim, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim merupakan pelakon berbangsa Cina Indonesia. 

Pelakon itu berkahwin dengan aktres Paula Verhoeven pada 22 November 2018. – MHE TV

Ruang komen