Trending Tular Video

(VIDEO) Bakar suami kerana enggan bagi password telefon

Kata orang, kalau isteri gembira maka bahagialah hidup.

Namun sebaliknya berlaku di Indonesia apabila seorang wanita bertindak membakar suaminya kerana enggan berkongsi kata laluan telefon bimbit.

Menurut laporan Tribun Jambi dan Serambi News, kejadian berlaku di rumah pasangan itu yang terletak di Pandawangi, Lombok Timur pada Sabtu lalu.

Saksi yang kebetulan terlihat kejadian tersebut memberitahu, mangsa dikenali sebagai Dedi pada ketika itu sedang membuat kerja rumah apabila isterinya tiba-tiba bertanyakan kata laluan telefon miliknya.

Namun Dedi enggan memberitahu dan menyebabkan pergaduhan sehingga Dedi mula memukul isterinya.

Geram dengan perbuatan Dedi, si isteri mengambil botol minyak dan terus membakar badan Dedi.

Terkejut dengan kejadian itu selepas mendengar jeritan Dedi, jiran-jiran secepat mungkin membawanya ke hospital.

Namun semuanya sudah terlambat. Dedi yang mengalami kecederaan parah, meninggal dunia. Manakala si isteri dilaporkan telah ditangkap pihak berkuasa. -MHE TV

Sumber: Serambi News

Ruang komen