Trending Video

[VIDEO] ‘Band Seventeen’ hilang ditelan tsunami

Kumpulan popular Indonesia, Seventeen dilaporkan hilang akibat rempuhan gelombang tsunami yang melanda Banten malam tadi. 

Sewaktu kejadian, kumpulan yang popular dengan lagu Selalu Mengalah ini dikhabarkan sedang membuat persembahahan di sebuah acara di Tanjung Lesung Beach Resort, Banten.

Berita ini diumumkan oleh Rian D’Masiv yang memuat naik status di akaun Instagram miliknya.

Rian menulis, anggota Seventeen, iaitu Bani (bass), Yudhi (gitar), Herman (gitar), Andi (drum) dan Ifan (vokal) serta krew Seventeen masih belum ditemui. 

“Pray for seventeen band…terkena ombak saat manggung di pantai carita…beberapa krew dan personil belum ditemukan…mohon do’a agar semuanya baik-baik saja,” tulis Rian.

Hingga kini khabar tentang band Seventeen masih dinantikan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menyatakan bahawa gelombang itu merupakan tsunami.

BMKG menyampaikan maklumat tersebut setelah mendapatkan data dari 4 stesen pengamatan pasang surut di sekitar Selat Sunda pada waktu kejadian tsunami, iaitu pukul 21.27 waktu Indonesia Barat (WIB).

Hasil pengamatan menunjukkan tinggi gelombang masing-masing berukuran 0.9 meter di Serang pada pukul 21.27 WIB, 0,35 meter di Banten pada pukul 21.33 WIB, 0,36 meter di Kota Agung pada pukul 21.35 WIB, dan 0,28 meter pada pukul 21.53 WIB di Pelabuhan Panjang. -MHE TV

Iklan
Ruang komen