Rasa nak menitis air mata sebaik sahaja terbaca kisah pasangan bayi kembar di Filipina ini. Apa salah mereka, sehinggakan ibu kandung sendiri sanggup mencampakkan dua bayinya itu di tepi jalan.

Lebih hiba lagi, pasangan kembar ini dikatakan telah dibuang oleh ibu mereka yang pada ketika itu berada dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak laju.

Seperti yang dilaporkan Daily Mail, mujur ada orang awam yang melalui jalan tersebut telah terdengar jeritan bayi kembar berkenaan. Dipercayai, pasangan kembar itu masih bernyawa saat mereka dijumpai orang ramai.

Apa yang menyedihkan, salah seorang daripada pasangan kembar itu (paling kecil) disahkan meninggal dunia ketika rawatan di hospital. Bayi berkenaan maut akibat kecederaan parah yang dialami pada badan serta kesan luka di bahagian kulit.

Kisah menyayat hati dua bayi malang itu kini tersebar di media sosial. Apa yang pasti, perbuatan ibu kandung pasangan kembar ini mengundang kecaman daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dan meluahkan rasa marah ekoran perbuatan kejam ibu mangsa.

Selain itu, ada juga meluahkan rasa sedih sebaik sahaja membaca kisah dua beradik kembar tersebut. Ramai tidak menyangka ibu kepada dua bayi ini sanggup melakukan perbuatan yang dianggap tidak berperikemanusiaan.

Salah seorang rakyat tempatan di Filipina, Jean Miral, meluahkan rasa bersyukur kerana salah seorang daripada mereka (bayi kembar) masih hidup. Biarpun bayi berkenaan akan membesar seorang diri, dia percaya akan ada insan yang lebih penyayang  akan menjaga bayi ini kelak.

Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa teramat marah terhadap individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan kini sedang giat memburu suspek yang mencampakkan bayinya. Hasil siasatan awal, mereka percaya bayi kembar terbabit telah berada di lokasi tepi jalan berkenaan pada satu tempoh yang agak lama sebelum, kedua-duanya dijumpai orang ramai.-MHE TV.

Iklan