Reda sekiranya tiada lagi jodoh antara dia dengan bekas suami, kongsi Ain ‘Afini Latif dia tidak melihat ada masalah untuk dirinya bergelar seorang ibu tunggal.

Mengakui masih menyayangi perkahwinannya dengan ustaz selebriti PU Abu, Ain bagaimanapun menyerahkan takdir perkahwinan mereka kepada jodoh sahaja.

Sementara itu, bakal melahirkan anak pertamanya pada Julai hadapan, Ain tidak menolak dia berada dalam keadaan yang baik.

Meminta mereka di luar sana tidak terus membuat ulasan yang tidak benar mengenai keruntuhan rumah tangganya, balas Ain lagi dalam tempoh ini dia hanya mahu memberi fokus kepada kehidupan yang lebih baik.

Selain mahu membesarkan anaknya kelak, Ain juga berharap untuk dapat menyambung kembali pengajiannya. – MHE TV

Iklan