“Eh dulu Andi Bernadee, sekarang Ariff Bahran. Mana satu?”

Itu antara persoalan warganet apabila penyanyi muda, Sarah Suhairi memuat naik gambar bersama Ariff sempena tahun baharu.

Spekulasi nakal mula bertebaran apabila ramai peminat menuduh Ariff merampas Sarah daripada Andi sehingga ada yang berdebat mengenai isu tersebut.

Sarah didakwa sengaja menggunakan gosip bercinta sebagai gimik malah ada juga yang melabel penyanyi itu sebagai gadis murahan.

Apa komen Sarah? Jom dengar penjelasan penyanyi meningkat popular ini! – MHETV

Iklan