Hiburan Trending Video

[VIDEO] Bercakap soal jodoh, Zulin Aziz kongsi tip ‘move on’

Setiap orang pasti ada cara tersendiri merawat perasaan sakit hati dan kesedihan akibat putus cinta. 

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Zulin Aziz, 28, yang pernah melalui pengalaman ‘menyakitkan’ itu, tampil berkongsi tip untuk ‘move on’ dan terus positif menjalani kehidupan. 

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abd. Aziz, mengakui ramai yang menghantar mesej (direct message) kepadanya dan bertanya cara untuk ‘move on’.

Zulin sebelum ini reda selepas impiannya mendirikan rumah tangga baru-baru ini musnah apabila hubungan cintanya terputus di tengah jalan.

Menurut Zulin, walaupun peminat di luar sana sering melihat dirinya ketawa dan bersikap happy go lucky, namun akuinya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hatinya.

Pelakon itu turut menasihati peminat-peminatnya yang melalui perkara yang sama supaya sentiasa sabar dan terus berdoa kepada Allah kerana Allah sebaik-baik perancang.

“Kita tak boleh tutup pintu hati kita, kena buka sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. 

“Insya Allah selepas diuji, Allah akan ganti dan hadiahkan dengan kebahagiaan. 

“Yang paling penting, doa, tawakal dan kuatkan iman kita pada Allah. Semoga kita ditemukan dengan orang yang baik,” kongsinya. – MHETV 

Sumber video: Zulin Aziz

Ruang komen