Trending Tular Video

[VIDEO] Berhabuknya Aishah London ‘speaking’!

Kepetahan adik Hana Aishah Mustafa Kamal atau popular dengan nama ‘Aishah London’ berbahasa Inggeris sememangnya menarik perhatian ramai. Sejak semalam, video memaparkan murid darjah satu itu yang ditemu bual oleh sebuah stesen televisyen tular di laman media sosial.

Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai adik ini, apa kata kita dengar sendiri pengakuan bapanya, Mustafa Kamal Mohd Taib.

Bukan orang lain sahaja tetapi dia sendiri pun berasa pelik dengan kebolehan anaknya yang mampu bertutur bahasa berkenaan sejak kecil lagi, lapor sebuah portal tempatan.

Jelas Mustafa, pada usia tiga tahun Aishah dah boleh berbahasa Inggeris. Menganggap ia bakat semula jadi, anaknya itu pernah mengucapkan perkataan pertama juga dalam bahasa etrsebut.

Selain itu, adik ini turut meminati rancangan berbahasa Inggeris di televisyen. Aishah juga merupakan seorang kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi.

Pernah sekali, ketika dia bersama keluarga menaiki kapal terbang, Aishah menarik tangan bapanya semata-mata untuk menegur seorang pelancong asing.

Ketika kali pertama mendaftar ke sekolah, dia ada mengajukan soalan kepada gurunya. Pertanyaan yang diajukan berkaitan peraturan sekolah berbunyi “apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.”

Malah, dia pernah mengajukan satu soalan yang susah kepada bapanya untuk memberikan jawapan. Soalan itu berbunyi “Kenapa kita solat ada kiblat ke Mekah, tapi tak nampak Mekah pun”.

Mustafa turut menjelaskan, tiada sebarang petua atau amalan sepanjang membesarkan anaknya itu. Cuma apa yang ditekankan ialah pendidikan agama seperti solat dan membaca Al-Quran kepada Aishah.

Sementara itu, adik comel ini memiliki selera makan ala-ala barat sikit. Dia kurang menjamah hidangan nasi tetapi menggemari spaghetti, pizza dan keju. -MHE TV

Sumber gambar: Media sosial

Ruang komen