Hiburan Trending Video

[VIDEO] BIAR BETUL! Fathia Latiff buka tudung?

IBARAT tak habis-habis berdepan dengan kontroversi, nama pelakon, Fathia Latiff sekali lagi hangat diperkatakan apabila satu video menunjukkan seorang wanita tidak bertudung mirip wajahnya tular di laman sosial.

Dalam video yang dimuat naik @makcik_puaka, wanita yang didakwa Fathia itu sedang berseronok berkaraoke di sebuah restoran di Shah Alam.

“Malam tadi @sisturz_stalker share igstory cafe di Shah Alam ni, tak cam siapa jadi admin pun tak ambil tahu la, lepas itu makcik dapat sekali lagi daripada pengikut lain.

Admin pun tengok, dua tiga kali makcik ulang, ni Fathiya Latif ke?” kata akaun tersebut menerusi kapsyennya.

Rata-rata warganet terkejut dan mula mencetuskan spekulasi adakah Fathia sudah “membuang” tudungnya dan tampil tidak berhijab untuk 2019?

Fathia yang baru-baru ini kembali muncul menerusi sebuah drama selepas setahun mendiamkan diri pernah berjanji untuk tidak terlibat dalam kontroversi untuk tahun ini.

Namun perkongsian video itu menimbulkan keraguan dalam kalangan warganet, adakah permohonan maaf itu hanya sekadar ibarat menanam tebu di pinggir bibir?

Usaha MHE TV mendapatkan penjelasan lanjut daripada Fathia gagal selepas pelakon itu menyekat nombor milik wartawan.

Apa pun, kita tunggu sahaja jawapan daripada empunya diri? Apa cerita Fathia?-MHE TV

Ruang komen